Booking management

Cara Elak Overbooking Buffet Ramadan

Untuk elak overbooking, setiap sesi perlu ada had tempat yang jelas dan semua orang yang menjual mesti tolak daripada baki yang sama, pada masa yang sama.

Kebanyakan kes overbooking bukan sebab tiada perancangan. Ia berlaku bila beberapa orang menjual daripada senarai yang berbeza. Lima perkara ini bantu pastikan setiap tempat hanya dijual sekali.

1. Tetapkan had bagi setiap tarikh dan sesi

Had mesti ditetapkan ikut sesi, bukan satu angka besar untuk sebulan. Tolak dulu tempat yang disimpan untuk VIP atau walk-in. Kalau belum kira, mulakan dengan panduan kapasiti buffet Ramadan.

Buffet Capacity PlannerKira tempat yang boleh dijual bagi setiap sesi dengan Buffet Capacity Planner.Open tool

2. Baki tempat perlu real-time

Kalau baki hanya dikemas kini malam, staf yang menjual waktu siang guna angka semalam. Baki patut berubah sebaik sahaja booking dibuat.

3. Asingkan booking bayar dan belum bayar

Booking belum bayar boleh pegang tempat buat sementara, tapi mesti dilepaskan kalau tak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.

4. Rekod jualan manual di tempat yang sama

Jualan tunai atau pindahan bank oleh staf mesti tolak baki yang sama dengan booking online. Kalau jualan manual direkod dalam buku lain, di situlah biasanya angka lari.

5. Koordinasi staf

Semua staf dan ejen perlu rujuk satu sumber yang sama, dan tetapkan siapa yang boleh luluskan jualan manual. Kalau pasukan masih guna spreadsheet berkongsi, semak bila Excel masih sesuai.

Soalan lazim

Berapa lama patut pegang tempat untuk booking belum bayar?
Bergantung pada polisi anda. Yang penting ada had masa yang jelas supaya tempat boleh dijual semula kalau tak dibayar.

Biar sistem yang jaga had setiap sesi

Dalam NakSeat, setiap sesi ada kuota sendiri. Booking online dan jualan manual tolak baki yang sama, dan tempahan berhenti sendiri bila sesi penuh.